Selamat datang ke laman blog Badan Kebajikan Staf SKTB yang baru saja dilayarkan untuk tatapan ahli Badan kebajikan Staf SKTB khususnya.Laman ini akan memaparkan aktiviti badan ini yang akan memberi fokus kepada kebajikan staf khususnya dan hal ehwal staf amnya sepanjang tahun 2010 dan insyaAllah seterusnya.
Transformasi pendidikan yang sedang berlangsung sekarang menjadi pemangkin utama ke arah terbitnya laman blog ini kerana staf SKTB adalah sumber utama ke arah menjadikan sekolah satu ruang likup hebat untuk kita bersama menjayakan apa sahaja wawasan, wacana negara untuk kita realisasikan bersama dan nikmati bersama.
Kini ahli BKSSKTB boleh menggunakan facebook 'stafsktb' untuk mengirimkan gambar, aktiviti atau maklumat staf untuk dikongsi bersama dan sebarang pertanyaan, kemusykilan atau pemasalahan boleh berhubung terus dengan ahli jawatankuasa melalui emel stafsktb@gmail.com. Semoga segala apa yang kita usahakan akan mendapat keberkatan Illahi.
Salam mesra.
Editor
Blog Badan Kebajikan Staf SKTB 2010