SELAMAT MELAYARI BLOG STAF SKTB.

LAYARI LAMAN BLOG KAMI DENGAN BAHAN-BAHAN BACAAN YANG SARAT DAN INFO TERKINI AKTIVITI STAF SKTB.
JANGAN LUPA TINJAU-TINJAU JUGA FACEBOOK STAFSKTB
SELAMAT BELAYAR




Khamis, 4 Mac 2010

BANGAU OH BANGAU

Bangau oh bangau!
Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com
Tarikh: Jumaat, 21 Mei 2004 @ 9:39:39
Topik: Tazkirah
--------------------------------------------------------------------------------
Begitulah lirik lagu bangau oh bangau yang kita selalu nyanyikan ketika kecil. Tahukah kita apakah maksud yang tersirat di sebalik lagu tersebut? Selain memaparkan sikap manusia yang suka menyalahkan orang lain, ia juga membawa maksud berikut......

BANGAU OH BANGAU!
oleh : Hamzah Fansuri

Bangau oh bangau mengapa engkau kurus? Macam mana aku tak kurus ikan tak mahu timbul
Ikan oh ikan Kenapa tak mahu timbul? Macam mana aku nak timbul rumput panjang sangat
Rumput oh rumput Kenapa panjang sangat? Macam mana aku tak panjang kerbau tak makan aku
Kerbau oh kerbau Kenapa tak makan rumput? Macam mana aku nak makan perut aku sakit
Perut oh perut mengapa engkau sakit? Macam mana aku tak sakit makan nasi mentah
Nasi oh nasi mengapa engkau mentah? Macam mana aku tak mentah kayu api basah
Kayu oh kayu mengapa engkau basah? Macam mana aku tak basah hujan timpa aku
Hujan oh hujan Kenapa kau timpa kayu? Macam mana tak timpa kayu katak panggil aku
Katak oh katak mengapa panggil hujan? Macam mana aku tak panggil ular nak makan aku
Ular oh ular Kenapa nak makan katak? Macam mana aku tak makan memang makanan aku, memang makanan aku

Begitulah lirik lagu bangau oh bangau yang kita selalu nyanyikan ketika kecil. Tahukah kita apakah maksud yang tersirat di sebalik lagu tersebut? Selain memaparkan sikap manusia yang suka menyalahkan orang lain, ia juga membawa maksud berikut......
Sesungguhnya bangau kurus itu ialah Islam yang putih bersih tetapi lemah. Ikan pula Umat Islam yang belum sedar. Manakala rumput yang panjang adalah kiasan bagi halangan yang menyukarkan rakyat bangun menentang kezaliman dan kemungkaran yang beraja. Kerbau yang tidak makan ialah perbandingan bagi ulama yang tidak menghalang atau membanteras kemungkaran dan kezaliman. Perut yang sakit pula diibaratkan kekuatan dan semangat ulama yang hilang atau hati mereka yang sudah rosak berpunca dari sogokan hasil rezeki yang tidak berapa bersih dan halal yang telah diumpamakan sebagai nasi mentah. Seterusnya persoalan mengapa nasi itu mentah dikaitkan dengan kayu api basah yang bermaksud punca kurangnya halal dan bersih rezeki para ulama ialah semangat Jihad yang telah ditinggalkan atau dalam kata lainnya telah padam kerana sikap manusia yang lebih suka mengharap rahmat bantuan langit daripada berusaha. Tepatlah perbandingan katak dengan manusia yang berteriak minta diturunkan hujan untuk menyelamatkan diri dari serangan si ular rakus kuffar Yahudi, Kristian dan gerombolan sekutunya yang sentiasa berusaha memusnahkan ketuanan dan survival Islam di muka bumi ini kerana telah termaktub dalam kata si ular, "katak itu memang makanan aku".

Isnin, 1 Mac 2010

STROKE

INFORMATION EVERYONE SHOULD KNOW........................

Blood Clots/Stroke - They Now Have a Fourth Indicator, the Tongue



I will continue to forward this every time it comes around!
My nurse friend sent this and encouraged me to post it and spread the word.

I agree.

If everyone can remember something this simple, we could save some folks.
Seriously..
Please read:

STROKE IDENTIFICATION:

During a BBQ, a friend stumbled and took a little fall - she assured everyone that she was fine (they offered to call paramedics) .she said she had just tripped over a brick because of her new shoes.
They got her cleaned up and got her a new plate of food. While she appeared a bit shaken up, Ingrid went about enjoying herself the rest of the evening
Ingrid's husband called later telling everyone that his wife had been taken to the hospital - (at 6:00 pm Ingrid passed away.) She had suffered a stroke at the BBQ. Had they known how to identify the signs of a stroke, perhaps Ingrid would be with us today. Some don't die. they end up in a helpless, hopeless condition instead.

It only takes a minute to read this...

A neurologist says that if he can get to a stroke victim within 3 hours he can totally reverse the effects of a stroke...totally. He said the trick was getting a stroke recognized, diagnosed, and then getting the patient medically cared for within 3 hours, which is tough.
RECOGNIZING A STROKE

Thank God for the sense to remember the '3' steps, STR . Read and Learn!

Sometimes symptoms of a stroke are difficult to identify. Unfortunately, the lack of awareness spells disaster. The stroke victim may suffer severe brain damage when people nearby fail to recognize the symptoms of a stroke.

STROKE:Remember the 1st Three Letters....S.T.R.

Now doctors say a bystander can recognize a stroke by asking three simple questions:

S *Ask the individual to SMILE.
T *Ask the person to TALK and SPEAK A SIMPLE SENTENCE (Coherently) (i.e. It is sunny out today.)
R*Ask him or her to RAISE BOTH ARMS.

If he or she has trouble with ANY ONE of these tasks, call emergency number immediatelyand describe the symptoms to the dispatcher.

New Sign of a Stroke -------- Stick out Your Tongue

NOTE: Another 'sign' of a stroke is this: Ask the person to 'stick' out his tongue.. If the tongue is 'crooked', if it goes to one side or the other,that is also an indication of a stroke.

A cardiologist says if everyone who gets this e-mail sends it to 10 people; you can bet that at least one life will be saved.

I have done my part. Will you?

TAHNIAH

CIKGU VASANTHA TELAH MELAHIRKAN BAYI  LELAKI
TAHNIAH DAN SEMOGA DENGAN KELAHIRAN ANAK KETIGA INI AKAN MEMERIAHKAN DAN MENGHARMONIKAN LAGI KELUARGA CIKGU VASAN DAN SUAMI

Ahad, 28 Februari 2010

MAULIDUR RASUL 2010 - 12 RABIULAWAL 1431 (26.2.2010)

Kisah Rasulullah s.w.t sebagai pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya... Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina
'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.. '

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi..Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan' )
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.'
Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.'
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? '

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina
Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,
'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'
'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?' Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

 
Rasulullah s. a. w. bersabda,
'SAMPAIKAN LAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT..'

Rabu, 24 Februari 2010

Belajar ICT???

Kepada staf yang ingin menimba ilmu mendalam dalam ICT bolehlah hubungi Penyelaras Bestari SK Tikam Batu, Cikgu Siti Fatimah Baharum untuk butiran lanjut latihan-latihan yang sedang giat dijalankan di nombor telefon 0135337509 atau layari laman blog http://www.makmalkomputersktikambatu.blogspot.com/

Isnin, 22 Februari 2010

FAR'S FISIO D'SPA

Sekitar lawatan ke Far's Fisio D'spa ahli badan staf kita


Mai la ....
Belum cuba belum tau
Sesiapa yang mengalami masalah kesihatan bolehlah mencuba mandian buih ultrasonik di spa ini. Letaknya di Taman Keladi
Boleh hubungi Kak Alinda (019-5068688)yang juga owner spa yang dikendali oleh ahli fisio berpengalaman Cik Farihah (anak Kak Linda).
Nikmatilah mandian buih dengan penerangan hebat Farihah 017-4654065 (yang juga ex-student sktb) .



MENGUNJUNG.......





Sekitar kunjungan staf sktb ke rumah ayahanda bonda guru besar

BERTAFAKUR SEBENTAR

Guru dan murid bertahmid dan bertahlil di dataran perhimpunan untuk Allahyarham ayahanda Puan Hjh Pauziyah bt Shafie.
Alhamdulillah.

AL-FATIHAH

Allahyarham ayahanda Puan Hajah Pauziyah bt Shafie telah meninggalkan kita lewat petang semalam 22 Februari 2010 dan telah selamat disemadikan di Masjid Air Hitam Alor Setar pada pagi ini. Semoga roh beliau dicucuri rahmat.

Ahad, 21 Februari 2010

CIKGU NORHAYATI TAK SIHAT

Beberapa rakan telah pergi melawat Kak Ti di rumahnya . Kak Ti tak boleh berjalan dan mengharapkan tongkat yang tak begitu kuat juga. Begitulah cerita Kak Ti apabila dihubungi. Apa-apapun hope everything's well.
Doakan kesihatan Kak Ti

Semua menanti kehadiran Kak Ti ke sekolah seperti biasa dan ceria

AYAHANDA GURU BESAR SKTB




Sama-samalah kita mendoakan kesihatan beliau....

THE MAYONNAISE JAR

When things in your life seem , almost too much to handle,
When 24 Hours in a day is not enough,
Remember the mayonnaise jar and 2 cups of coffee.

A professor stood before his philosophy class
And had some items in front of him.
When the class began, wordlessly,
He picked up a very large and empty mayonnaise jar
and proceeded to fill it with golf balls.

He then asked the students, if the jar was full.
They agreed that it was.

The professor then picked up a box of pebbles and poured
them into the jar. He shook the jar lightly.
The pebbles rolled into the open Areas between the golf balls.

He then asked the students again if the jar was full. They agreed it was.

The professor next picked up a box of sand and poured it into the jar.
Of course, the sand filled up everything else.
He asked once more if the jar was full. The students responded with a unanimous 'yes.'

The professor then produced two cups of coffee from under the table and poured the entire contents into the jar, effectively
filling the empty space between the sand. The students laughed.

'Now,' said the professor, as the laughter subsided,
'I want you to recognize that this jar represents your life.
The golf balls are the important things - family,
children, health, Friends, and Favorite passions ˆ
Things that if everything else was lost and only they remained, Your life would still be full.

The pebbles are the other things that matter like your job, house, and car.

The sand is everything else --The small stuff.

'If you put the sand into the jar first,' He continued,
'there is no room for the pebbles or the golf balls.
The same goes for life.

If you spend all your time and energy on the small stuff,
You will never have room for the things that are important to you.

So...

Pay attention to the things that are critical to your happiness.
Play With your children.
Take time to get medical checkups.
Take your partner out to dinner.

There will always be time to clean the house and fix the disposal.

'Take care of the golf balls first --
The things that really matter.
Set your priorities. The rest is just sand.'

One of the students raised her hand and inquired what the coffee represented.

The professor smiled.
'I'm glad you asked'.

It just goes to show you that no matter how full your life may seem,
there's always room for a couple of cups of coffee with a friend.'

Please share this with other "Golf Balls" and friends

SALAM MESRA

Selamat datang ke laman blog Badan Kebajikan Staf SKTB yang baru saja dilayarkan untuk tatapan ahli Badan kebajikan Staf SKTB khususnya.Laman ini akan memaparkan aktiviti badan ini yang akan memberi fokus kepada kebajikan staf khususnya dan hal ehwal staf amnya sepanjang tahun 2010 dan insyaAllah seterusnya.
Transformasi pendidikan yang sedang berlangsung sekarang menjadi pemangkin utama ke arah terbitnya laman blog ini kerana staf SKTB adalah sumber utama ke arah menjadikan sekolah satu ruang likup hebat untuk kita bersama menjayakan apa sahaja wawasan, wacana negara untuk kita realisasikan bersama dan nikmati bersama.
Kini ahli BKSSKTB boleh menggunakan facebook 'stafsktb' untuk mengirimkan gambar, aktiviti atau maklumat staf untuk dikongsi bersama dan sebarang pertanyaan, kemusykilan atau pemasalahan boleh berhubung terus dengan ahli jawatankuasa melalui emel stafsktb@gmail.com.
Semoga segala apa yang kita usahakan akan mendapat keberkatan Illahi.
Salam mesra.
Editor
Blog Badan Kebajikan Staf SKTB 2010

LAGU SEKOLAH

SKTB MENDIDIK KITA
UNTUK MENCAPAI CITA-CITA
MAJULAH SEMUA MAJULAH BERSAMA
BERTEKUN JAYA

TAAT PADA TUHAN YANG ESA
HORMATI GURU IBU BAPA
BERIKRAR BERJANJI
TERUSKAN USAHA
PUTERA PUTERI SETIA

KAMI ANAK WAWASAN
HARAPAN NEGARA
PEMIMPIN MASA DEPAN
PUNYA SATU TUJUAN

WAWASAN ASAS KEMAJUAN
MELAHIRKAN INSAN MULIA
SEDARLAH BANGSAKU TERUSKAN USAHA
BERTEKUN JAYA (2x)