SELAMAT MELAYARI BLOG STAF SKTB.

LAYARI LAMAN BLOG KAMI DENGAN BAHAN-BAHAN BACAAN YANG SARAT DAN INFO TERKINI AKTIVITI STAF SKTB.
JANGAN LUPA TINJAU-TINJAU JUGA FACEBOOK STAFSKTB
SELAMAT BELAYAR




Sabtu, 26 Jun 2010

SETIAUSAHA BADAN STAF SKTB TELAH BERTUKAR


Terima kasih diucapkan kepada Puan Siti Aishah bt Abdullah yang telah banyak memberi sumbangan menjayakan segala aktiviti Badan ini ...
Jasamu dikenang

Rabu, 12 Mei 2010

GURU OH GURU

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Nukilan Allahyarham Sasterawan Negara
Dato' Dr. Usman Awang

OBJEKTIF HARI GURU

Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.


Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

Memupuk perasaan perpaduan iktisas dan muhibah antara guru.

Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.

Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

LAGU TEMA HARI GURU 2010

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA


Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

LAGU GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

SEJARAH AYAT KURSI

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi
oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan
iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan
mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis
serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas
sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah
atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan
syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya
bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin
Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab'Asraarul Mufidah' sesiapa mengamalkan
membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan
berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya
pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari
segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa
yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian
diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta
Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w.. bersabda
bermaksud:
'Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala
kefakiran di depan matanya.'

Sabda baginda lagi;
'Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk
dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan
syaitan dan kejahatan pembesar.'

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah
sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan
ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada
gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah,
akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng
yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat
Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat
Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan
syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam
pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali,
insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir
dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat
tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia
akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia
daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika
hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya &
ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir
tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang
bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan
padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya,
maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon
keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir
sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia
adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya
Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. ,
Rasullullah s.a. w. bersabda,

' SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT.....'

Ahad, 4 April 2010

STICKER KENDERAAN SK TIKAM BATU

STICKER KENDERAAN SUMBANGAN BADAN KEBAJIKAN GURU DAN SYARIKAT PENGELUAR TELAH DIEDARKAN.
SILA LEKATKAN PADA KENDERAAN ANDA SEGERA.
KERJASAMA KITA SEMUA AKAN MEMUDAHKAN PENGURUSAN KESELAMATAN SEKOLAH

Selasa, 30 Mac 2010

SEMOGA CEPAT SEMBUH

BARU-BARU INI KAK TON DIMASUKKAN KE WD KERANA KARANG
PEMBEDAHAN PADA JUN AKAN DATANG
APAPUN SEMOGA KAK TON CEPAT SEMBUH

Selasa, 23 Mac 2010

SYUKUR

Ucaplah alhamdulillah


Syukur kita kepada Allah

Ucaplah alhamdulillah

Syukur kita kepada Allah

Selawat ke atas Nabi

Muhammad ya Rasulullah

Selawat ke atas Nabi

Muhammad ya Rasulullah...



Tanda syukur itulah taat

Setiap tempat setiap waktu

Syukur itu dapat dilihat

Pada sikap dan tingkah laku

Marilah bersama kita bersyukur

Kepada Allah kita bersyukur



Syukur itu sifat mulia

Hindar dari tamak haloba

Rasa cukup apa yang ada

Hati tenag hidup sejahtera

Marilah amalkan rasa bersyukur

Hidup bahagia aman dan makmur



Syukur syukur syukur Ya Allah

Syukur syukur syukur Alhamdulillah



Syukur itu banyak caranya

Taat beribadah tekun berusaha

Saling membantu berkasih sayang

Murah senyuman hulur sedekah

Marilah kita beramal bersama

Rasa bersyukur kita suburkan

Sabtu, 13 Mac 2010

Share this message with your love ones....... Better to BEWARE than to be IGNORANT !!! Better to be save then sorry!!!!

A woman at a bar on a Saturday night was taken by 5 men, who, according to hospital and police reports, gang raped her before dumping her. Unable to remember the events of the evening, tests later confirmed the repeat rapes, along with traces of Rohypnol in her blood and Progesterex, essentially a small sterilization pill.

The drug is now being used by rapists at parties to rape AND sterilize their victims. Progesterex is available to vets to sterilize large animals. Progesterex is being used together with Rohypnol, the date rape drug.

As with Rohypnol, all they have to do is drop it into the girl's drink. The girl can't remember a thing the next morning, of all that had taken place the night before. Progesterex, which dissolves in drinks just as easily, is such that the victim doesn't get pregnant; she won't conceive from the rape and the rapist needn't worry about having a paternity test identifying him months later.

The drug's effects ARE NOT TEMPORARY - They are P*E*R*M*A*N* E*N*T!!!
Progesterex was designed to sterilize horses.. Any female who takes it will NEVER BE ABLE TO CONCEIVE... The weasels can get this drug from anyone who is in the vet school or any university.

It's that easy, and Progesterex is about to break out big on campuses everywhere. Believe it or not, there are even sites on the Internet telling people how to use it. Please forward this to everyone you know, especially girls... Be careful when you're out and don't leave your drink unattended.

Please make the effort to forward this on to all you know... Guys, please inform all your female friends and relatives!

REPORT THIS MESSAGE AS MANY TIMES AS YOU CAN TO HELP SAVE THE NEXT VICTIM.....

Ahad, 7 Mac 2010

PETUA UNTUK DEMAM DENGGI

http://www.anispharmacy.com/
Rencana ini hanyalah sebagai panduan sahaja dan bukanlah sebagai ganti nasihat professional.Raw Juice of Papaya Leaves Air 100 Plus / Air Kiwi
I would like to share this interesting discovery from aclassmate's son who has just recovered from dengi fever.
Apparently, his son was in the critical stage at the SJMCICU when his pallet counts drops to 15 after 15 litres of blood transfusion.
His father was so worried that he seek another friend'srecommendation and his son was saved. He confessed to me that he give his son raw juice of the papaya leaves.
From a pallet count of 45 after 20 litres of blood transfusion, and after drinking the raw papaya leaf juice,his platlet count jumps instantly to 135.
Even the doctors and nurses was surprised. After the second day he was discharged. So he ask me to pass this good news around. Accordingly it is raw papaya leaves,2pcs just cleaned and pound and squeeze with filter cloth, you will only get one tablespoon per leaf. So two tablespoon per serving once a day. Do not boil or cook or rinse with hot water, it will loose its strength. Only the leafy part and no stem or sap. It is very bitter but it works.

Minum 100plus
Hubby saya minum yang 1.5 liter tu setiap hari. Alhamdulillah... dgn izin Allah, lepas satu minggu, suhu badan pun menurun & doctor confirmkan dah tak de lagi denggi.
100 Plus tu memang sangat bagus diamalkan untk mengurangkan suhu badan bagi pengidap denggi sebab kadar penghidratan dia lebih cepat daripada air kosong biasa. Tapi, memang pesakit akan rasa berpeluh & nak buang air je....

Paling cepat untuk menaikkan platelet darah ialah sup ketam selain air kiwi (saranan memang 100 Plus tapi diorang biasa tak tahan kerana dah la makan tak lalu, perut kosong, sebu, kena lak 100 Plus tu yg payau jek tekak..)

100 Plus dicadangkan dibuka sejam penutup botol sebelum jadikan minuman, biar gas hilang.
Tapi sup ketam memang paling cepat naik..sekali dengan air kiwi.. try la..Pegaga Juice / Tembikai Sup Ketam

You may have heard this elsewhere but if not I am glad to inform you that pegaga juice is a natural cure
for dengue fever. As dengue fever is rampant now, I think it's good toshare this with all.

A friend of mine had dengue last year. It was a very serious situation for her as her platelet count had dropped to 28,000 after 3 days in hospital and water has started to fill up her lung. She had difficulty in breathing. She was only 32-year old.Doctor says there's no cure for dengue. We just have to wait for her body immune system to build up resistance against dengue and fight its own battle. She already had 2 blood transfusion and all of us were praying very hard as her platelet continued to drop since the first day she was admitted.

Fortunately her mother-in-law heard that pegaga juice would help to reduce the fever and got some pegaga leaves, pounded them and squeeze the juice out for her.The next day, her platelet count started to increase, her fever subside. We continued to feed her with pegaga juice and she recovered after 3 days!!! Amazing but it's true. It's believed one's body would be overheated when one is down with dengue and that also caused the patient .Memang masa tu kelam kabut giler sebab tak tahu nak kejar mana dulu, mak kat HUKM, suami pulak kena transfer ke HBKL sebab rashes dah teruk seluruh badan (depa takut kena denggi berdarah so from HUKM they transfer to HBKL), belum cerita pasal anak-anak yang tinggal dirumah lagi. Tak tahu nak criter la perasaan masa tu, Tuhan aje yg tahu.

Tapi degan kuasa Allah, lepas saja mak saya hirup sup ketam tu buat makan tengahari, petang dalam pukul 6 doktor ambik darah buat ujian, keputusannya keesokkan pagi dan lepas makan tengahari mak saya dah boleh keluar,berbanding dengan suami saya yg tak lalu makan sup ketam ketika tu, tak usik pun sup
ketam tu, platelet darahnya semakin menurun sehingga saya paksa hirup sup ketam barula platlet darahnya naik.Buat pengetahuan, doktor beritahu saya platlet darah kita kalau sekali naik, dia akan terus
naik.

Lagi satu, minum byk air, tak kira la air pun asalkan lebih dari 10L satu hari, ini semua yg saya lihat dan bandingkan dari mak dan suami to have fever.Pegaga juice has cooling effect. Thus, it helps to reduce the heatiness in one's body, thus the fever will go away. I found that its also good when one is having sore throat or suffering from heatiness.

Those of us staying in Subang Jaya are lucky as we can get Pegaga juice easily from the Penang Cendol stall in Giant! One cup is only RM1. Tomorrow I will buy a cup for a patient in Assunta and urge him to try it.

Please spread the news about this as lately there are many dengue cases. It's great if such natural cure could
help to ease the sufferings of dengue patients.Furthermore it's so easily available. Just go to market and ask the makcik who sells ulam and they usually have pegaga. Blend them and squeeze the juice! It's simple and miraculously effective!!

Lagi satu air tembikai yg kita blend sendiri tanpa apa-apa campuran, air tembikai kosong, takde gula!

Pengalaman saya menjaga mak dan suami saya (bulan May aritu) kena demam denggi ni dlm waktu yg sama
byk mengajar saya lebih berhati-hati dan lebih tawakkal seperti yg Kak Suria ckp, we always forgot our roots & lebih kpd duniawi.

Penyumbang Diskusi Farmasi Anis untuk rencana ini Nazathul Hamimi Abdullah, Ahmad Zharfan Shah, Marliya Lieya, Rozie Rahim, Umie Adam

Ketam dikatakan membantu memulihkan denggi dengan cepat saya.Mak saya lebih kuat dan bersemangat untuk baik, bagi aje air apa pun, semua dia minum,1 jam ke tandas sampai 6-10 kali tapi nakkan sihat dan cepat discharge dia ikut semua nasihat. 4 malam aje kat hospital.Suami saya pulak terlampau layan sangat
sakitnya tu, tak lalu makan, minum banyak pun nak muntah duduk hospital 7 malam.

Nasihat saya untuk sesiapa yg dah kena agar tidak berulang lagi (sebab penyakit ni boleh berulang-ulang 3 hingga 6 bulan dlm masa yg kita kena) minum byk air dan kalau boleh minum air tembikai dan sup ketam.

Dah panjang beno criter ni, akhir sekali saya ingin berkongsi bersama dibawah sup ketam simple yang saya buat ketika itu.

SUP KETAM

Bahan

Ketam 2 ekor
2 biji buah pelaga
Kayu manis sepjg jari kelingking
Sekuntum bunga lawang
Bawang putih 5 biji ditumbuk
Halia sebesar ibu jari diketok
Serbuk lada hitam/lada putih
3 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bawang goreng, daun sup & daun bawang

Cara

Panaskan minyak, tumis bunga lawang,kayu manis, buah pelaga sampai naik bau, masukkan bawang putih, halia,biarkan seketika.
Kemudian masukkan air, serbok lada &garam, biar mendidih kemudian masukkan ketam, biarkan dalam 5-10 minit bagi air ketam tu sebati dgn kuah kemudian matikan api masukkan bawang goreng, daun sup & daun bawang yang telah diricih itu.
Note: Saya kurang gemar menggunakan bawang merah utk buat sup ni sebab saya sukakan manis dari ketam itu instead dari bawang merah yg kita guna.

Khamis, 4 Mac 2010

BANGAU OH BANGAU

Bangau oh bangau!
Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com
Tarikh: Jumaat, 21 Mei 2004 @ 9:39:39
Topik: Tazkirah
--------------------------------------------------------------------------------
Begitulah lirik lagu bangau oh bangau yang kita selalu nyanyikan ketika kecil. Tahukah kita apakah maksud yang tersirat di sebalik lagu tersebut? Selain memaparkan sikap manusia yang suka menyalahkan orang lain, ia juga membawa maksud berikut......

BANGAU OH BANGAU!
oleh : Hamzah Fansuri

Bangau oh bangau mengapa engkau kurus? Macam mana aku tak kurus ikan tak mahu timbul
Ikan oh ikan Kenapa tak mahu timbul? Macam mana aku nak timbul rumput panjang sangat
Rumput oh rumput Kenapa panjang sangat? Macam mana aku tak panjang kerbau tak makan aku
Kerbau oh kerbau Kenapa tak makan rumput? Macam mana aku nak makan perut aku sakit
Perut oh perut mengapa engkau sakit? Macam mana aku tak sakit makan nasi mentah
Nasi oh nasi mengapa engkau mentah? Macam mana aku tak mentah kayu api basah
Kayu oh kayu mengapa engkau basah? Macam mana aku tak basah hujan timpa aku
Hujan oh hujan Kenapa kau timpa kayu? Macam mana tak timpa kayu katak panggil aku
Katak oh katak mengapa panggil hujan? Macam mana aku tak panggil ular nak makan aku
Ular oh ular Kenapa nak makan katak? Macam mana aku tak makan memang makanan aku, memang makanan aku

Begitulah lirik lagu bangau oh bangau yang kita selalu nyanyikan ketika kecil. Tahukah kita apakah maksud yang tersirat di sebalik lagu tersebut? Selain memaparkan sikap manusia yang suka menyalahkan orang lain, ia juga membawa maksud berikut......
Sesungguhnya bangau kurus itu ialah Islam yang putih bersih tetapi lemah. Ikan pula Umat Islam yang belum sedar. Manakala rumput yang panjang adalah kiasan bagi halangan yang menyukarkan rakyat bangun menentang kezaliman dan kemungkaran yang beraja. Kerbau yang tidak makan ialah perbandingan bagi ulama yang tidak menghalang atau membanteras kemungkaran dan kezaliman. Perut yang sakit pula diibaratkan kekuatan dan semangat ulama yang hilang atau hati mereka yang sudah rosak berpunca dari sogokan hasil rezeki yang tidak berapa bersih dan halal yang telah diumpamakan sebagai nasi mentah. Seterusnya persoalan mengapa nasi itu mentah dikaitkan dengan kayu api basah yang bermaksud punca kurangnya halal dan bersih rezeki para ulama ialah semangat Jihad yang telah ditinggalkan atau dalam kata lainnya telah padam kerana sikap manusia yang lebih suka mengharap rahmat bantuan langit daripada berusaha. Tepatlah perbandingan katak dengan manusia yang berteriak minta diturunkan hujan untuk menyelamatkan diri dari serangan si ular rakus kuffar Yahudi, Kristian dan gerombolan sekutunya yang sentiasa berusaha memusnahkan ketuanan dan survival Islam di muka bumi ini kerana telah termaktub dalam kata si ular, "katak itu memang makanan aku".