SELAMAT MELAYARI BLOG STAF SKTB.

LAYARI LAMAN BLOG KAMI DENGAN BAHAN-BAHAN BACAAN YANG SARAT DAN INFO TERKINI AKTIVITI STAF SKTB.
JANGAN LUPA TINJAU-TINJAU JUGA FACEBOOK STAFSKTB
SELAMAT BELAYAR




Rabu, 12 Mei 2010

SEJARAH AYAT KURSI

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi
oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan
iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan
mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis
serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas
sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah
atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan
syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya
bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin
Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab'Asraarul Mufidah' sesiapa mengamalkan
membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan
berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya
pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari
segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa
yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian
diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta
Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w.. bersabda
bermaksud:
'Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala
kefakiran di depan matanya.'

Sabda baginda lagi;
'Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk
dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan
syaitan dan kejahatan pembesar.'

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah
sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan
ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada
gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah,
akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng
yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat
Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat
Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan
syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam
pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali,
insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir
dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat
tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia
akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia
daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika
hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya &
ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir
tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang
bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan
padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya,
maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon
keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir
sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia
adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya
Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. ,
Rasullullah s.a. w. bersabda,

' SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT.....'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan